Tuesday, June 2, 2009

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:--
-warga negara Malaysia
-tidak kurang dari 21 tahun
waras fikiran-bukan seorang muflis
-tidak mempunyai rekod jenayah
-Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
-Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara.
- Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-
bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
- Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
- berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
- beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat : -
1. YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar - (01.09.1959 - 29.02.1964)
2. YB Dato' Syed Esa bin Alwee - (18.05.1964 - 24.11.1964)
3. YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman - (25.11.1964 - 03.11.1974)
4. YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood 04.11.1974 - 20.12.1977.
5. YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail - (09.01.1978 - 16.03.1982)
6. Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail - (14.06.1982 - 14.10.2004)
7. YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib - (22.11.2004 - 27.04.2008)
8. YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia28.04.2008 - kini

No comments:

Post a Comment