Tuesday, June 9, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Dalam majlis Bersama Masyarakat Peneroka yang lalu, saya ada menjelaskan mengenai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ dalam konteks Jenerasi Felda Peneroka Moden. Jadi, dalam pengisian blog saya pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua mengenai terjemahan dan definisi slogan ini khusus dalam sumbangan peneroka kepada negara.

Bagi pihak kerajaan, Rakyat dan Prestasi adalah 2 perkara asas yang sangat berkaitan dan saling lengkap-melengkapi. Mendahulukan rakyat adalah matlamat utama dan terpenting kerana dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, pemimpin dipilih oleh rakyat dan sewajarnya pemimpin mengabdikan diri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Justeru sewajarnyalah kepentingan rakyat diutamakan daripada lain-lain kepentingan.

RAKYAT DIDAHULUKAN
Apakah maksud rakyat didahulukan? Pertamanya, siapakah rakyat dalam konteks Pengajian Tinggi? Ini perlu diperjelaskan supaya masyarakat felda sendiri mengetahui dengan jelas sasaran yang hendak ditujui. Bagi FELDA, terdapat empat stakeholders yang merupakan ‘RAKYAT’nya, iaitu:

1. Ibubapa;
2. Anak;
3. Orang ramai;
4. Kerajaan.

Seterusnya apakah yang hendak didahulukan untuk masyarakat Felda ? Dari perspektif Felda, perkara yang hendak didahulukan boleh dilihat dari segi pengharapan (expectation). Apakah pengharapan rakyat? Pengharapan ini pula boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu pengharapan berbentuk am dan pengharapan berbentuk khusus.

Pengharapan Am ini termasuk:
1. Pengharapan mendapat penghidupan yang bermutu;
2. Pengharapan agar anak - anak berjaya menjejaki menara gading dan mudah mendapat
pekerjaan selepas tamat pengajian;
3. Pengharapan agar anak - anak sebagai pwaris dapat meneruskan kesinambungan
yang lebih baik dari ibubapa;
4. Pengharapan agar Negara mempunyai daya saing dan daya produktiviti yang tinggi
dengan hasil sumbangan peneroka felda.

Manakala Pengharapan Khusus adalah termasuk:

1. Pengharapan ibubapa yang mana

• Pengharapan Peneroka mendapat hasil tuai yang lebih baik dan bermutu;
. Harga komuditi seimbang dan tidak terlalu membebankan peneroka
• Pengharapan agar anak-anak mereka memperolehi pekerjaan sebaik sahaja bergraduat;
• Pengharapan keselamatan dan kesejahteraan terpelihara terpelihara dibawah jagaan Felda
• Pengharapan agar anak-anak mereka menjadi manusia yang baik.

2. Pengharapan Anak (Generasi Kedua) pula adalah:
• Pengharapan agar mereka memperolehi pendidikan yang bermutu dari institusi yang mereka
belajar;
• Pengharapan agar ibubapa mereka dihati tua akan lebih mendapat perhatian dati Felda

3. Pengharapan kerajaan (sebagai Custodian OF PUBLIC INTEREST) ialah

• Pengharapan kepada Felda Bertaraf dunia
• Pengharapan kepada Felda lebih mengutamakan kebajikan kepada peneroka
• Pengharapan kepada Felda mampu meningkatkan daya saing dan produktiviti negara
• Pengharapan kepada Felda untuk sentiasa perihatin terhadap wish list rakyat serta
menjadikan pengharapan rakyat sebagai pengisiannya.

PRESTASI DIUTAMAKAN
Slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” juga bererti membina jambatan antara Impian dan Amalan (bridging dreams and deeds). Memang benar terdapat selama ini banjiran kenyataan Impian, tetapi ketandusan dari segi amalan.

Maka wajar sekalilah ungkapan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” dizahirkan serentak dan senada untuk menekankan bukan sahaja impian, bahkan juga amalan adalah sama penting. Ianya bermaksud mengotakan apa yang telah dikatakan. Justeru prestasi menjadi KPI yang amat penting bagi mengukur pencapaian tersebut.

Seperti mana yang telah saya umumkan bersempena dengan majlis tersebut juga, KPI untuk kerajaan adalah termasuk:
1. Pelaksanaan Pelan Strategik ;
2. Pendemokrasian dalam masyarakat Felda;
3. Pengantarabangsaan; dan
4. Pembangunan Insan

Oleh yang demikian, saya secara peribadi ingin menyatakan iltizam dan kesungguhan saya untuk memastikan hasrat dan matlamat slogan ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ sama-sama dapat dijayakan.

No comments:

Post a Comment