Tuesday, June 2, 2009

KOMUNIS : masih wujud manusia bebal menyokong komunis

1.Sedih dan mengecewakan. Inilah perasaan yang saya rasai apabila membaca satu artikel yang ditulis dalam Tranungkite Online oleh seseorang yang mungkin juga merupakan salah seorang penyokong Pakatan Rakyat.

2. Penulis ini cuba menyamakan isu komunis yang kini sedang hangat diperbincangkan dengan peristiwa hitam di Memali. Seperti biasa, Penulis ini menyalahkan kerajaan kononnya menjadi punca pembunuhan tragis di Memali. Dan penulis ini juga mahu kerajaan membenarkan Chin Peng masuk dan menetap di Malaysia.

3. Penulis ini memberi alasan kononnya Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia hanya disebabkan dia berbangsa Cina. Penulis ini juga menyifatkan bahawa tindakan kerajaan adalah tidak adil kerana pada waktu pertelingkahan antara kerajaan dan komunis berlaku, bukan sahaja Askar yang dibunuh oleh komunis malah ramai komunis yang terdiri dari berbilang kaum telah dibunuh oleh askar.

4. Kalau pun penulis ini ingin terus hidup menongkah arus dan sentiasa hendak mencari silap kerajaan, jangan la sampai perkara sesensitif ini cuba dipermainkan. Mungkin disebabkan penulis ini membuka mata di waktu negara dalam keadaan makmur maka dia boleh tergamak mengatakan bahawa pembunuhan dalam peperangan adalah perkara biasa.

5. Penulis ini mungkin tidak merasai atau hatinya sudah tertutup untuk membayangkan kesengsaraan hidup di waktu penentangan komunis sedang memuncak. Bukan sahaja askar menjadi mangsa, malah ramai penduduk kampung, orang awam, wanita dan kanak-kanak dibunuh dan diseksa dengan zalim.

6. Jadi, kepada penulis yang menulis artikel jahil ini agar insaf dan kembali memikirkan adakah dakyah yang difahaminya itu berada di pihak yang benar atau hanya semata-mata ingin menunjukkan sikap tak sehaluan dengan kerajaan. Jangan jadi terlalu benak sampai sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment